Al-kisahnya malam 15 hb Februari 2013 aku saje google event kt Putrajaya. mana la tau kot2 ada event best2 boleh aku pergi ambil gambar apa-apa untuk tambah koleksi peribadi. aleh-aleh memang ada event best rupanya. hehe..
Malam tu juga aku bawa isteri dan mak aku pergi ke lokasi tersebut untuk melihat tempat kejadian. sambil-sambil bawa mak aku jalan2 kawasan Putrajaya ni..hehe..
pada 15 - 17 Februari 2013, Pegawai Muda Putrajaya telah menganjurkan 2 event secara serentak iaitu Kejohanan Kanu Kebangsaan & Putrajaya Remote Control bertempat di Presint 6.
Aku tiba waktu sudah tgh hari. acara kayak sudah di peringkat akhir, jadi aku tak stay pun di tepi tasik tu. aku terus pergi ke off-road track RC.
Aku memang kaki RC.. hahaha.. memang teruja bila tgk RC Buggy beraksi di track. track nya pun memang mencabar. ada straight lane, bumping lane & corner.
memang mencabar nak kejar si Buggy nih.. hahaha.. akhirnya aku dapat capture juga.. liar giler.
"Buggy - Jumping"
Selepas kesemua Buggy masuk pit-stop, aku beralih ke track lain. Ada RC plane plak.
Ada macam2 jenis plane yang beraksi. Aku sendiri pun tak tahu jenis plane apa.. hahaha..
Daripada menggunakan sel bateri singgalah menggunakan bahan bakar minyak.
Gambar di atas ni aku shot semasa owner sedang melekatkan komponen belakang enjin yang tercabut menggunakan gam khas. gam ni memang kuat beb.. kalu kena kulit, haruuu.. ekeke
aksi RC Helicopter ni memang aku suka tgk! body je kecik, tapi blade helicopter ni nak sama panjang dengan body.. haha...
Pilot RC heli ni memang otai sebab berani melakukan aksi-aksi berbahaya.
ke dua-dua rotor berfungsi menghasilkan pergerakan yang amat lincah dan menarik. tidak seperti RC Helicopter biasa.
Dengar bunyi blade helicopter tersebut sudah menggerunkan.. hahaha..
PERINGATAN: penonton perlu berada di bawasan berbumbung.. ekeke..
Saat yang dinantikan oleh smua orang.. Pelepasan kapal terbang berenjinkan roket.
Sangat menggerunkan bunyi enjin roket nie... sebijik sama bunyi dengan enjin roket tentera..
kapal terbang perang dunia ke -2 ni paling comel.. haha.. aku bertuah dapat juga merakam gambar ni dengan baik.. laju dan lincah.. menggunakan enjin yang dijanakan oleh kuasa bateri. :)
No comments:
Post a Comment